(Moral T2) Unit 5: Hemah Tinggi Mencerminkan Keperibadian Individu

Unit 5: Hemah Tinggi Mencerminkan Keperibadian Individu

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.5 Hemah tinggi

Definisi: Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Kandungan Akademik:

Tema: Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia

Tajuk Pembelajaran:
Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan norma masyarakat

Huraian Tajuk Pembelajaran:

  • Tutur kata dan tingkah laku terpuji
    – Menghormati orang lain
    – Berterima kasih atas pemberian
  • Jauhi sikap negatif
    – Angkuh
    – Mementingkan diri

Fikir dan Jawab (M/S 26)

3. Apakah kebaikan mengamalkan tutur kata dan perlakuan yang baik dalam pergaulan seharian?

Kebaikan mengamalkan tutur kata dan perlakuan yang baik dalam pergaulan seharian ialah dapat membantu kita mencapai kemajuan dalam hidup, dapat mengeratkan hubungan sesama rakan dan memberi imej yang baik kepada diri.

4. Senaraikan perlakuan dan tutur kata lain bagi menunjukkan amalan yang berhemah tinggi.

Perlakuan yang menunjukkan amalan yang berhemah tinggi ialah senyum apabila menerima pujian, tunduk apabila berjalan di tengah-tengah orang yang sedang bercakap dan bersalaman apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua.

Tutur kata yang menunjukkan amalan yang berhemah tinggi ialah menggunakan bahasa yang baik, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu dan meminta maaf apabila membuat kesilapan.

5. Apakah perasaan anda jika pertolongan atau pemberian anda tidak dijawab dengan ucapan terima kasih?

Perasaan saya jika pertolongan atau pemberian anda tidak dijawab dengan ucapan terima kasih ialah __________.

About these ads
This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 2. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s