(Moral T3) Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara

Nilai 3.4: Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Kata kunci:
– prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
-berusaha untuk menyelesaikannya

Pengurusan aktiviti manusia secara terancang:
1. pembangunan yang terancang
2. tiada pembakaran terbuka
3. pembuangan sisa toksik secara terancang dan terkawal.

Fikir dan Jawab (M/S 116)

*buat soalan Soalan 1 dan 2. Jawapan telah diberikan dalam kelas.

Posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 3 | Leave a comment

(Sejarah T5) Latihan Bab 6

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5SM, 5AH, 5AK dan 5AP, sila salin dan buat latihan di bawah dalam buku latihan anda. Perbincangan akan dilakukan di dalam kelas selepas cuti. Terima kasih.

1. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan dari dalam dan luar negara, namun akhirnya Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963.

(a) Terangkan langkah-langkah yang diambil bagi mencapai matlamat pembentukan Malaysia. (10m)

(b) Terangkan prinsip asas yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. (6m)

(c) Nyatakan iktibar yang diperoleh hasil pembentukan Malaysia ini. (4m)

Posted in Sejarah, Sejarah Tingkatan 5 | Leave a comment

(Sejarah T5) Latihan Bab 5

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5SM, 5AH, 5AK dan 5AP, sila salin dan buat latihan di bawah dalam buku latihan anda. Perbincangan akan dilakukan di dalam kelas selepas cuti. Terima kasih.

1.  Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

a) Nyatakan dua langkah yang diusahakan untuk mengadakan Pakatan Murni sebelum Perikatan ditubuhkan. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

b) Apakah konsep yang digunakan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam pembentukan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)? (1m)

_______________________________________________
c) Nyatakan dua perubahan yang berlaku dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)? (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

d) Berikan tiga hasil yang telah dipersetujui dalam Rundingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. (3m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________
iii) _______________________________________________

e) Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat kita perolehi melalui pembentukan Pakatan Murni? (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

2. Pihak British telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Reid yang bertujuan merangka perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

a) Namakan dua orang yang menganggotai Suruhanjaya Reid. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

b) Nyatakan dua isu yang menjadi asas penggubalan perlembagaan. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

c) Apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Suruhanjaya Reid? (1m)

_______________________________________________

d) Berikan tiga isi penting perjanjian tersebut. (3m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________
iii) _______________________________________________

e) Nyatakan dua kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

Posted in Sejarah, Sejarah Tingkatan 5 | Leave a comment

(Sejarah T3) Latihan Bab 4 dan Bab 5

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3P dan 3Q, sila salin dan buat latihan di bawah dalam buku latihan anda. Perbincangan akan dilakukan di dalam kelas selepas cuti. Terima kasih.

Latihan Bab 4

Nyatakan jawapan yang betul berdasarkan pernyataan yang diberi.

1. Beliau dilantik menjadi Penasihat Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum. (                    )

2. Parti ini ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar pada tahun 1954. (                    )

3. Seorang pakar pendidikan British yang mengetuai satu jawatankuasa untuk mengkaji sistem pendidikan di Tanah Melayu. (                    )

4. Sistem ini diperkenalkan untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.

5. Pilihan raya tempatan yang pertama kali diperkenalkan di Pulau Pinang. (                    )

Latihan Bab 5

Nyatakan jawapan yang betul berdasarkan pernyataan yang diberi.

1. Beliau mengetuai Rombongan Merdeka ke London. (                    )

2. Parti ini telah berusaha mendapatkan kemerdekaan negara pada awal tahun 1956.

3. Beliau dilantik sebagai pengerusi dalam rundingan di London.

4. Peraturan atau undang-undang utama sebagai panduan untuk menguruskan institusi, organisasi atau pemerintahan. (                    )

5. Beliau menjadi wakil raja-raja Melayu berucap di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. (                    )

Posted in Sejarah, Sejarah Tingkatan 3 | Leave a comment

(Sejarah T5) Latihan Bab 4

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5SM, 5AH, 5AK dan 5AP, sila salin dan buat latihan di bawah dalam buku latihan anda. Perbincangan akan dilakukan di dalam kelas selepas cuti. Terima kasih.

1. Pengenalan Malayan Union selama dua tahun oleh British telah menyedarkan orang tempatan tentang maksud penjajahan yang sebenarnya.

a) Nyatakan dua sebab Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1946. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

b) Berikan dua faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

c) Namakan dua organisasi yang menyokong konsep Malayan Union? (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

d) Berikan dua kesan kepada Raja-raja Melayu terhadap penubuhan Malayan Union. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

e) Pada pendapat anda, apakah kesan Malayan Union jika terus dilaksanakan juga di Tanah Melayu? (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

2. Tentangan yang hebat daripada orang Melayu telah menyebabkan British membatalkan hasrat mereka untuk meneruskan Malayan Union.

a) Berikan dua faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

b) Berikan dua ciri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

c) Nyatakan dua sebab British memilih UMNO untuk mewakili orang Melayu dalam rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

d) Apakah dua tuntutan orang Melayu dalam penggubalan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

e) Pada pendapat anda, apakah kesan daripada pelaksanaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (2m)

i) _______________________________________________
ii) _______________________________________________

Posted in Sejarah, Sejarah Tingkatan 5 | Leave a comment

(BM KOMSAS T1) Puisi Tradisional: Pantun Dua Kerat (Nasihat)

A) Maksud

1. Rangkap 1 : Kepentingan mempunyai hubungan erat antara satu sama lain.

2. Rangkap 2 : orang yang selalu berselimut pasti akan tidur. (tidak melakukan kerja kerana tidur / malas)

3. Rangkap 3 : setiap orang ada kelebihannya.

4. Rangkap 4 : Orang yang malas bekerja pasti tidak akan dapat hasilnya.

5. Rangkap 5 : bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

B) Tema

Nasihat yang membina ke arah kebaikan.

C) Persoalan

1. Hubungan yang erat antara satu sama lain.

2. Kerajinan membawa hasil yang berganda.

3. Sikap malas yang tidak mendatangkan hasil.

D) Bentuk Pantun

1.  5 rangkap.

2.  2 baris dalam setiap rangkap.

3.  3 hingga 5 patah kata dalam setiap baris.
Contohnya:
Hitam-hitam pucuk kawa (3 patah kata)
Sungguh hitam dipandang lawa (4 patah kata)

4.  8 hingga 11 suku kata dalam setiap baris.
Contohnya:
Hitam-hitam pucuk kawa (8 suku kata)
Sungguh hitam dipandang lawa (9 suku kata)

5. Rima akhir : aa

6. Ada pembayang & maksudnya.

E) Unsur Bunyi

1. Asonansi (ulang vokal a)
—Contohnya : Sarang semut dalam gelap

—2. Aliterasi (ulang konsonan m)
—Contohnya : Satu memegang satu memikul

—3. Jeda
—Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya :
   Hitam-hitam / pucuk kawa,
   Sungguh hitam / dipandang lawa.

F) Gaya Bahasa

  1. Imej alam :
    buah sintang, buah senikul, pucuk kawa
  1. Repetisi :
    Buah sintang buah senikul,
    Satu memegang satu memikul.

G) Nilai dan Pengajaran

Picture1

 

Latihan:

1. Berdasarkan rangkap keempat Pantun Dua Kerat (Nasihat), apakah perkara-perkara yang perlu kita lakukan? (3m)
__
__

2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. (3m)
__
__

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya hidup kita lebih berjaya? (4m)
__
__

Posted in Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Tingkatan 1 | Leave a comment

BM TP: Buku Ejaan (06-02-2015)

Sila salin dalam buku Ejaan. Isikan suku kata dengan sendiri. Ejaaan akan dijalankan pada minggu depan hari Isnin (09/02/2015). Ingat untuk menulis indeks, hari, tajuk dan tarikh. Terima kasih.

Jumaat           Tunku Abdul Rahman        06-02-2015

1. kerabat: (   ) + (   ) + (   ) 亲属
2. berunding: (   ) + (   ) + (   ) 讨论
3. teriakan:  (   ) + (   ) + (   ) + (   ) 叫声
4. berdaulat:  (   ) + (   ) + (   ) + (   ) 主权

Jumaat           Karangan Jenis Laporan        06-02-2015

1. sekitar: (   ) + (   ) + (   ) 四周围
2. dirasmikan: (   ) + (   ) + (   ) + (   ) 开幕
3. sambutan: (   ) + (   ) + (   ) 庆祝
4. mural: (   ) + (   ) 壁画
5. kalangan: (   ) + (   ) + (   ) 圈子
6. sanggup: (   ) + (   ) 能够
7. perubahan: (   ) + (   ) + (   ) + (   ) 变化
8. dikekalkan: (   ) + (   ) + (   ) + (   ) 永久

Posted in Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Tingkatan Peralihan | Leave a comment