(Moral T5) Unit 1: Buat Baik Dibalas Baik

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Definisi: Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kandungan Akademik:

Tema: Tuhan melihat segala tingkah laku manusia

Tajuk Pengajaran:
Kepercayaan beragama dalam kehidupan perlu dilakukan

Huraian Tajuk Pengajaran:

  • Setiap manusia mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhan
  • Pembalasan Tuhan kepada manusia terhadap setiap amalan hidupnya

Fikir dan Jawab (M/S 3)

1. Nyatakan amalan baik yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang pemuda dalam cerita ini.

Amalan baik yang dilakukan oleh pemuda pertama ialah memerah susu dan menyimpan susu tersebut untuk minuman kedua ibu bapanya.

Amalan baik yang dilakukan oleh pemuda kedua ialah meminjamkan wang untuk membantu rakannya yang susah.

Amalan baik yang dilakukan oleh pemuda ketiga ialah tidak mengambil harta orang lain tetapi memegang amanah harta tersebut sehingga berlipat ganda. Apabila dituntut oleh empunya, dengan jujur, dia memulangkan kesemua termasuk hasil usahanya.

2. Mengapakah Tuhan mengabulkan permintaan ketiga-tiga pemuda tersebut?

Tuhan mengabulkan permintaan pemuda pertama kerana menunaikan tanggungjawab terhadap ibu dan bapa.

Tuhan mengabulkan permintaan pemuda kedua kerana menghalalkan wang yang dipinjamkan kepada rakannya yang dalam kesusahan walaupun keluarga sendiri terpaksa berlapar.

Tuhan mengabulkan permintaan pemuda ketiga kerana memulangkan semua upah buruh lelaki termasuk hasil usahanya sendiri iaitu keuntangan berupa ternakan kambing dan unta.

3. Bincangkan pengajaran yang anda dapati daripada cerita ini.

Pengajaran yang saya dapati daripada cerita ini ialah segala perbuatan yang baik akan dibalas baik oleh Tuhan.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 5. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s