(Moral T4) Unit 1: Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama

Unit 1: Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Definisi: Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kandungan Akademik:

Tema: Manusia diamanahkan untuk mengurus alam dan penghuninya

Tajuk Pembelajaran:
Peranan dan tanggungjawab sebagai satu amanah

Huraian Tajuk Pembelajaran:

  • Sikap bertanggungjawab terhadap setiap tindakan untuk kesejahteraan diri dan orang lain
  • Perlakuan yang baik perlu dilakukan oleh setiap individu

Fikir dan Jawab (M/S 5)

1. “Tuhan telah mengamalkan manusia untuk menguruskan alam dan penghuninya”. Huraikan amanah-amanah itu.

Antara amanah itu ialah menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku sebarang kerosakan di muka bumi ini dengan tidak menerokai hutan secara tidak bertanggungjawab dan tidak membakar hutan atau melakukan pembakaran secara terbuka.

Amanah seterusnya ialah hidup berkasih-kasihan, sayang-menyayangi dan bantu-membantu sesama insan dengan menjadi pelindung kepada anak-anak dan mengelakkan penipuan, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa.

2. Mengapakah manusia diamanahkan untuk menguruskan alam dan penghuninya?

Manusia diamanahkan untuk menguruskan alam dan penghuninya kerana makhluk manusia dianugerahkan Tuhan kelebihan akal berbanding makhluk lain di muka bumi ini.

3. Pada pendapat anda, adakah manusia telah melaksanakan amanah menguruskan alam dan penghuninya dengan baik? Buktikan.

Pada pendapat saya, manusia masih gagal untuk melaksanakan amanah menguruskan alam dan penghuninya dengan baik kerana masih terdapat kes-kes seperti pembuangan bayi, penderaan, masalah alam sekitar akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab dan masalah sosial lain yang berlaku dalam masyarakat.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 4. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s