(Moral T4) Unit 2: Amanah Pegangan Hidup Kita

Unit 2: Amanah Pegangan Hidup Kita

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.2 Amanah

Definisi: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kandungan Akademik:

Tema: Sikap amanah sebagai pegangan hidup

Tajuk Pembelajaran:
Amalan amanah dalam kehidupan

Huraian Tajuk Pembelajaran:

  • Amalan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” dalam setiap tugas dan tanggungjawab.
    – Jentera pentadbiran
    – Kegiatan politik
  • Amalan amanah mengikut perspektif agama
    -Islam
    -Buddha
    -Hindu
    -Kristian
    -Sikh

Fikir dan Jawab (M/S 14)

1. Apakah maksud amanah dalam slogan BCA?

Maksud amanah dalam slogan BCA ialah sikap rela dan cuba menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan.

2. Nyatakan kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai kerajaan dan ahli politik terhadap masyarakat dan negara.

Kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai kerajaan ialah imej badan-badan kerajaan terpelihara dan tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan di samping dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan.

Kepentingan sikap amanah dalam kalangan ahli politik ialah mereka telah diberikan kepercayaan oleh masyarakat untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat selain dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan projek pembangunan negara.

3. Sebagai seorang pelajar, mengapakah amalan amanah penting kepada anda?

Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Selain itu, pelajar tersebut akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 4. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s