(Moral T4) Unit 4: Masa Tidak Menunggu Kita

Unit 4: Masa Tidak Menunggu Kita

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.4 Bertanggungjawab

Definisi: Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kandungan Akademik:

Tema: Pengurusan masa tanggungjawab setiap insan

Tajuk Pembelajaran:
Pengurusan masa meningkatkan daya produktiviti diri

Huraian Tajuk Pembelajaran:

  • Pengurusan masa secara bijaksana
    – Perancangan masa belajar
    – Perancangan masa untuk kokurikulum
    – Perancangan masa untuk keluarga
    – Perancangan masa untuk diri (beristirahat dan hobi)

Fikir dan Jawab (M/S 25)

1. Apakah yang anda faham dengan pengurusan masa?

Pengurusan masa bermaksud merancang masa secara bijaksana dan bertanggungjawab iaitu menguruskan masa untuk belajar, melakukan aktiviti kokurikulum, bersama-sama anggota keluarga, beristirahat dan juga masa untuk diri sendiri.

2. Apakah kepentingan menguruskan masa secara bertanggungjawab?

Kepentingan menguruskan masa secara bertanggungjawab ialah dapat mengurus dan menjalankan segala aktivtiti yang terancang dengan teratur dalam masa yang ditetapkan, mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mengelakkan pembaziran masa.

4. Sebagai seorang remaja yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda menguruskan masa?

Sebagai seorang remaja yang bertanggungjawab, saya menguruskan masa dengan membuat jadual waktu persendirian untuk belajar di rumah dan melakukan aktivti kokurikulum di sekolah serta melaksanakan perkara yang dirancang dalam jadual waktu tersebut.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 4. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s