(Moral T4) Unit 6: Rakyat Bertoleransi, Negara Harmoni

Unit 6: Rakyat Bertoleransi, Negara Harmoni

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.6 Toleransi

Definisi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kandungan Akademik:

Tema: Toleransi asas perpaduan kaum

Tajuk Pembelajaran:
Toleransi mewujudkan perpaduan masyarakat

Huraian Tajuk Pembelajaran:

  • Amalan hidup pelbagai kaum perlu dihormati
    – Agama/kepercayaan
    – Cara hidup
    – Adat resam

Fikir dan Jawab (M/S 37)

1. Semua kaum peribumi mempunyai kepercayaan yang mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan. Bagaimanakah masyarakat peribumi di Malaysia menjaga keharmonian dan kesejahteraan ini? Huraikan.

Masyarakat peribumi di Malaysia menjaga keharmonian dan kesejahteraan dengan cara mengadakan upacara penyembahan untuk mendapat restu daripada makhluk ghaib jika melakukan sebarang kesilapan dan mewujudkan hukum adat iaitu sogit yang merupakan denda yang dikenakan terhadap seseorang kerana melakukan kesalahan kecil.

2. Walaupun wujud perbezaan dalam sistem kepercayaan, mengapakah masyarakat Malaysia masih dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni?

Walaupun wujud perbezaan dalam sistem kepercayaan, masyarakat Malaysia masih dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni kerana mereka mengamalkan sikap bertolak ansur, saling memahami dan menghormati adat resam dan cara hidup kaum lain.

3. Ramalkan akibat sekiranya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai sikap bertolak ansur terhadap kepercayaan dan adat resam kaum yang lain.

Sekiranya masyarakat Malaysia tidak mempunyai sikap bertolak ansur terhadap kepercayaan dan adat resam kaum yang lain, prasangka antara kaum, perpecahan kaum dan pergaduhan antara kaum mungkin akan berlaku.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 4. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s