(Moral T1) Unit 6: Toleransi Asas Keamanan

Unit 6: Toleransi Asas Keamanan

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.6 Toleransi

Definisi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri toleransi:

  • Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
  • Dapat menerima perbezaan dan memahami cara hidup orang lain.
  • Bersimpati dan empati dengan kesusahan hidup orang lain.
  • Menerima hakikat bahawa Tuhan mencipta sifat manusia berbeza-beza.

Kebaikan amalan toleransi:

  • Menjadikan kita fleksibel untuk menghadapi pelbagai situasi.
  • Penyelesaian masalah dapat dilakukan atas dasar kasih sayang.

Fikir dan Jawab (M/S 35)

1. Jiran anda mempunyai cara hidup yang berbeza dengan anda. Apakah yang akan anda lakukan untuk menjalin semangat kejiranan dengannya?

Saya akan menziarahi jiran tersebut pada hari-hari perayaan mereka. Saya juga akan menjemput jiran tersebut ke rumah pada masa-masa tertentu seperti majlis hari lahir atau lain-lain.

2. Patutkah anda mengubah cara hidup orang lain seperti yang anda kehendaki? Mengapa?

Saya tidak patut mengubah cara hidup orang lain kerana mereka mempunyai cara hidup yang berbeza. Sebaliknya, kita patut menghormati dan menerima perbezaan ini.

3. Kita sentiasa merungut dan berasa tidak berpuas hati dengan sebarang keadaan di rumah. Mengapakah perasaan ini wujud dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya?

Kita selalu merungut dan tidak berpuas hati kerana kita selalu mahu diri kita diutamakan, mahu kita lebih dipentingkan daripada orang lain dan tidak boleh bertolak ansur. Kita boleh cuba mengatasinya dengan mengamalkan sikap toleransi antara anggota keluarga dan sedia menerima perbezaan serta keunikan setiap anggota keluarga.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 1. Bookmark the permalink.

3 Responses to (Moral T1) Unit 6: Toleransi Asas Keamanan

  1. Yourstudent says:

    teacher why so many one

  2. Yourstudent says:

    Can I write my answer

  3. Your student says:

    Teacher, so hard one!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s