(Moral T4) Unit 7: Masyarakat Berilmu, Masyarakat Berdikari

Unit 7: Masyarakat Berilmu, Masyarakat Berdikari

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.7 Berdikari

Definisi: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kandungan Akademik:

Tema: Amalan berdikari pemangkin pembangunan negara

Tajuk Pembelajaran:
Ilmu menjana masyarakat berdikari

Huraian Tajuk Pembelajaran:

  • Masyarakat berilmu yang berdikari membantu membangunkan negara
    – Pendidikan
    – Sains dan teknologi

Fikir dan Jawab (M/S 46)

1. Mengapakah masyarakat perlu mempunyai pendidikan?

Masyarakat perlu mempunyai pendidikan kerana masyarakat dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, berdaya maju dan berdaya saing. Masyarakat kita juga boleh mencipta sejarah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa yang maju.

2. Bagaimanakah masyarakat yang berilmu dapat membantu membangunkan sesebuah negara?

Masyarakat yang berilmu dapat membantu membangunkan sesebuah negara dengan menggunakan ilmu yang diperoleh untuk kebaikan masyarakat dan mengharumkan nama negara.

3. Berikan bukti-bukti yang menunjukkan negara kita mampu berdikari.

Bukti-bukti yang menunjukkan negara kita mampu berdikari ialah kejayaan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menjalankan pembedahan “telinga bionik pertama” untuk memulihkan pendengaran, pelancaran MEASAT 1 pada 13 Januari 1996 dan kejayaan teknologi pertanian yang mencipta kaedah kacukan tanaman.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 4. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s