(Moral T1) Unit 7: Berdikari Memupuk Keyakinan Diri

Unit 7: Berdikari Memupuk Keyakinan Diri

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.7 Berdikari

Definisi: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Ciri-ciri orang yang berdikari:

  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  • Boleh menghadapi sebarang situasi dengan sendiri.
  • Bermotivasi tinggi, proaktif dan cekap.
  • Boleh membuat keputusan untuk dirinya sendiri.
  • Sanggup mengurus diri tanpa bergantung kepada orang lain.

Kebaikan sikap berdikari:

  • Dapat meningkatkan keyakinan diri.
  • Dapat memperkembang potensi diri.

Fikir dan Jawab (M/S 40)

1. Adakah anda seorang yang berdikari? Jelaskan.

Ya, saya seorang yang berdikari kerana saya selalu membuat kerja sendiri seperti membasuh kasut, mengemas pakaian dan lain-lain.

2. Apakah kebaikan sikap berdikari selain daripada meningkatkan keyakinan diri?

Kebaikan sikap berdikari selain daripada meningkatkan keyakinan diri ialah menjimatkan masa dan meringankan beban orang lain.

3. Selain daripada contoh dalam petikan, senaraikan tugas-tugas lain yang anda lakukan di rumah dan di sekolah yang menunjukkan anda seorang yang berdikari?

Tugas-tugas lain yang saya lakukan di rumah yang menunjukkan saya seorang yang berdikari ialah mengemaskan meja makan, menyiram pokok bunga dan menyimpan alat permainan.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 1. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s