(Moral T1) Unit 8: Hendak Seribu Daya

Unit 8: Hendak Seribu Daya

Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.8 Kerajinan

Definisi: Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Ciri-ciri orang yang rajin:

  • Sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat hidup.
  • Fokus terhadap usaha yang dilakukan.
  • Tidak berputus asa walaupun menghadapi kegagalan.
  • Sanggup mencuba sesuatu perkara yang baharu.
  • Berminat untuk menyusun perancangan dengan baik.
  • Memperbaiki setiap kelemahan diri atau kelemahan perancangan.
  • Menyelesaikan kerja-kerja yang telah diusahakan dengan segera.

Fikir dan Jawab (M/S 44)

1. Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada cerita di halaman 43?

Pengajaran yang saya peroleh ialah orang yang berjaya tidak mengenal erti putus asa dan sanggup menghadapi cabaran serta mengatasi rintangan.

3. Sebelum anda berjaya mencapai cita-cita itu, ramalkan rintangan yang perlu anda lalui.

Rintangan yang mungkin dilalui ialah seperti masalah kewangan, menghadapi peperiksaan, belajar bersungguh-sungguh dan lain-lain.

4. Rancangkan langkah yang anda perlu ambil untuk mengatasi rintangan tersebut.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi rintangan tersebut ialah tentukan masa belajar, sentiasa mengulang kaji, bertanya sekiranya menghadapi  masalah dan terus mencuba.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 1. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s