(Moral T1) Unit 10: Keadilan Asas Keharmonian Keluarga

Moral T1 U10

 

Fikir dan Jawab (M/S 54)

1. Mengapakah berlakunya konflik antara Andrea dan Tony? Cadangkan cara penyelesaiannya.

Konflik antara Andrea dan Tony berlaku kerana bunyi bising yang dihasilkan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada alat yang dimainkan. Cara penyelesaiannya ialah mereka bergilir-gilir memainkannya atau tidak bermain di tempat yang sama.

2. Mengapakah anak yang buta itu berkata demikian? Apakah nasihat yang akan anda berikan kepadanya?

Anak yang buta itu berkata demikian kerana dia berfikir selama ini dia selalu mendapat bahagian yang kurang memandangkan dia tidak dapat melihat. Oleh itu, dia berasa dirinya dianiaya. Nasihat yang akan saya berikan kepadanya ialah ibu menyayanginya seperti anak-anak lain dan sudah pasti dia tidak akan dilayan sedemikian serta dia tidak patut menuduh sedemikian.

3. Berdasarkan cerita, wajarkah anak-anak  berasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga? Beri alasan anda.

Berdasarkan cerita, anak-anak tidak wajar berasa tidak puas hati. Dalam Petikan A, ibu bapa berlaku adil dengan membelikan hadiah untuk kedua-dua anaknya. Dalam Petikan B, walaupun miskin, anak-anak diberi makanan, pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya.

This entry was posted in Pendidikan Moral, Pendidikan Moral Tingkatan 1. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s