(Sejarah T4) 3.3: Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal (Nota)

3.3: Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

1. Masyarakat Asia Tenggara mengamalkan animisme sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha.

2. Masyarakat terpengaruh dan mengambil aspek kebudayaan masyarakat India seperti sistem kepercayaan dan agama, pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan.

3. Contoh negara-negara yang mengamalkan amalan agama Buddha: Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

3.3.1 Cara-Cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.

1. Terdapat 4 pendapat yang berbeza daripada sejarawan:

a) Pendapat pertama (Teori Politik oleh C.C. Berg)
– Peranan golongan Ksyatria (tentera)
Penakluk/tentera  mempraktikkan kebudayaan dan cara hidup mereka mengikut negara awal serta memaksa masyarakat Asia Tenggara mengikutnya.

b) Pendapat kedua (Teori Ekonomi oleh N.J. Krom)
-Peranan golongan Vaisya (pedagang)
Pedagang-pedagang India menyebarkan kebudayaan India kepada penduduk tempatan. Ada di antaranya berkahwin dengan wanita tempatan.

c) Pendapat ketiga (Teori Keagamaan oleh F.D.K. Bosch)
-Peranan golongan Brahmin (pendeta)
i) Golongan ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam aslpek keagamaan, bahasa dan pemerintahan.
ii) Golongan ini juga memberi pengesahan kepada golongan raja yang dapat meninggikan status raja pada pandangan rakyat biasa.

d) Pendapat keempat (Oleh J.C. Van Leur)
-Peranan golongan masyarakat tempatan
Pengambilan aspek kebudayaan yang menarik sahaja diserap dan disesuaikan dengan budaya tempatan.

2. Kebanyakan ahli sejarah setuju dengan pendapat keempat kerana disokong dengan kajian ahli arkeologi. Buktinya ialah penemuan seni arca yang mempunyai langgam yang bercirikan Asia Tenggara. Contohnya, arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya diperoleh di Srivijaya.

3. Campuran unsur tempatan dengan unsur dari India dapat dilihat pada binaan-binaan. Antaranya, Candi Borobudur dan Candi Prambanan (Indonesia), Candi Angkor Wat (Kemboja), candi-candi di Lembah Bujang (Kedah) dan Candi Padang Lawas dan Muara Takas (Sumatera).

4. Proses pengambilan dan penyerapan aspek-aspek kebudayaan India adalah berbeza antara pemerintah walaupun berlaku pada waktu yang sama. Contohnya:
a) Abad ke-5 M: agama Hindu di Dieng (Indonesia), agama Buddha di Kedah Tua.
b) Abad ke- 7: agama Hindu mazhab Vishnu di Kerajaan Takupa dan Pulau Bangka, agama Buddha Mahayana di Sumatera dan Jawa.

5. Faktor perdagangan merupakan dorongan utama.
a) Perdagangan antara Asia Tenggara dengan India wujud sejak abad ke-5 M.
b) India memperoleh bekalan emas dan logam dari Asia Tenggara setelah bekalan ini dihentikan pada zaman Maharaja Vespian (69-79 M) yang memajukan perdagangan dua hala.
c) Proses asimilasi berlaku.

This entry was posted in Sejarah, Sejarah Tingkatan 4. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s